Abdul jalil Al chami
kosong itu berisi, berisi itu kosong
Translate
Sabtu, 26 November 2016
Selasa, 28 Mei 2013
Kisah 5 Perkara Aneh
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang mahsyur. Suatu ketika dia pernah berkata ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka
salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu
malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi “ esok engkau dikehendaki
keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki
berbuat :
Pertama : apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah.
Kedua : Engkau sembunyikan
Ketiga : Engkau terimalah
Keempat : Jangan Engkau putuskan harapan
Kelima : Larilah Engkau daripadanya.”
Kedua : Engkau sembunyikan
Ketiga : Engkau terimalah
Keempat : Jangan Engkau putuskan harapan
Kelima : Larilah Engkau daripadanya.”
Pada
keesokan harinya Nabi itupun kaluarlah dari rumahnya menuju ke barat
dan kebetulan yang pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit besar
berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata “ aku diperintahkan
memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang
tidak dapat dilaksanakan.” Maka nabi itu terus berjalan menuju ke bukit
itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya,
tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti.
Maka nabi itu pun mengambilnya lalu di suapkan ke mulutnya. Bila
ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur
‘Alhamdulillah’.
Kemudian
nabi itupun meneruskan perjalanannya dan bertemu pula dengan sebuah
mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan.
Lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang dan ditanamkan mangkuk emas
itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar
semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali
berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, “ Aku telah melaksanakan
perintahMu”. Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh
Nabi itu yang mangkuk itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika
dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang
sedang mengejar burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu
berkata , “ Wahai Nabi Allah tolonglah aku.” Mendengar rayuan itu,
hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan
ke dalam bajunya. Melihat keadaan itu, lantas burung helang datang
menghampiri Nabi lalu berkata. “ Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan
aku menegjar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau
patahkan harapanku dari rezekiku.” Nabi itu teringatkan pesanan arahan
dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia
menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia
membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging
pahanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu,
helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas
kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia
bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun
bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan
hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah
Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia
berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana
yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti
semuanya ini."
“Ya
Allah aku telah pun melaksanakan perintahmu sebagaimana yang diberitahu
dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T bahawa:
Yang
pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya Nampak besar seperti
bukit tetapi akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal iaitu
menahannya, maka marah itu akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua, semua amal kebaikan(budi) walau disembunyikan, maka ia tetap akan Nampak jua.
Ketiga, jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
Keempat, jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
Kelima,
bau yang busuk itu ialah ghibah ( menceritakan hal seseorang) maka
larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”
Saudara-saudaraku,
kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, kerana
kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan seharian
kita. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata
hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang
lain. Haruslah kita ingat bahawa kata mengata hal seseorang itu akan
menghilangkan pahala kita sebab ada sebuah hadis mengatakan bahawa :
Diakhirat
nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak
pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, “ Wahai Allah, sesungguhnya
pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”Maka berkata Allah S.W.T, “ ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.”
"
Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walau apa pun yang kita kata itu
memang benar, tetapi kata mengata itu akan merugikan diri kita sendiri .
Oleh itu, janganlah kita mengata hal keburukan orang walaupun ia
benar".
Wallahu a’lam..
Senin, 27 Mei 2013
Syaitan yang Menyesatkan
Dalam sebuah hadis ada menceritakan tentang dua orang saudara, seorang
darinya kuat beribadat kepada Allah manakala seorang lagi selalu berbuat
maksiat dan kejahatan.
Pada suatu hari saudara yang kuat beramal ibadat kepada Allah telah bercita-cita untuk melihat Iblis di tempat ibadatnya. Suatu hari ketika dia sedang duduk bersendirian maka datanglah syaitan kepadanya dengan berkata: “Sayang sekali engkau, engkau telah menghabiskan dan mensia-siakan empat puluh tahun umurmu kerana itu rasailah kesedapan dunia dan jamulah kehendak dan keinginan engkau. Kemudian kembalilah engkau bertaubat serta membuat ibadat kepada Allah pula. Jadi tiadalah engkau merugi dalam dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Penyayang.”
Mendengar kata-kata iblis yang lembut itu maka hati dan pendiriannya telah berubah, katanya: “Benar juga kata-kata syaitan itu, aku telahpun merugikan diriku sendiri beberapa lama. Baiklah aku turun ke bawah mendapatkan saudaraku supaya dapat aku bersama-samanya memuaskan nafsu keinginan dan keduniaan selama dua puluh tahun, kemudian aku akan bertaubat dan kembali beribadat kepada Allah di dalam umurku yang dua puluh tahun lagi itu.”
Selepas dari itu dia pun turun ke bawah dengan niat untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan kepada Allah. Dalam pada itu saudaranya yang seorang lagi (Penderhaka) yang selalu di dalam kancah kemaksiatan dan kejahatan itu mula menyedari kesilapan yang telah dilalukannya. Pada suatu hari dia mendapati dirinya di dalam seburuk-buruk keadaan. Dilihatnya badannya serta pakaiannya telah kotor berlumuran dengan najis serta terlantar pula di atas debu tanah. Sewaktu dia sedar itu, maka berkatalah hatinya: “Oh… sia-sianya. Oh.. ruginya aku. Sudah habis umurku di dalam dunia maksiat, aku telah merosakkan diri sendiri serta bodoh, sedangkan saudaraku itu sedang menikmatan beribadat kepada Allah dan akan memperolehi syurga Tuhan. Tetapi aku.. nerakalah tempat tinggalku. Demi Allah, aku bertaubat aku akan naik ke atas bersama saudaraku untuk mengerjakan ibadat dan berbakti kepada Allah. Semoga Allah akan mengampuni segala dosanya.”
Maka diapun naiklah ke atas dengan niat untuk bertaubat sedangkan saudaranya itu pula turun dengan niat untuk melakukan kerja-kerja maksiat dan kerja-kerja yang dimurkai Allah. Tiba-tiba sewaktu dia hendak turun maka dia tergelincir kakinya lalu jatuh ke atas adiknya bertimpa-timpa. Akhirnya kedua-duanya itu pun mati di situ juga.
Di hari akhirat nanti kedua saudara itu akan dibangkitkan menurut niatnya. Iaitu yang ahli ibadah akan di bangkitkan atas niat maksiat manakala adiknya pula akan di bangkitkan atas niat berbakti kepada Allah sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud: “Akan di bangkitkan tiap-tiap hamba menurut keadaan matinya.” (Baik atau Buruk).
Di samping itu anggaplah syaitan itu sebagai musuh selama-lamanya sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu.”
Semua orang tahu syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kita semua, tetapi adakah semua orang tahu bahawa hari ini paling ramai orang-orang mengikuti langkah-langkah syaitan.
Hari ini syaitan bermaharajalela dengan berbagai-bagai kegiatan maksiatnya, antaranya syaitan telah mempunyai ahlinya yang paling ramai kalau dibandingkan dengan orang-orang Islam hari ini. Tempat-tempat judi, kelab-kelab malam, bersekedudukan secara haram dan sebagainya.

Jin Ifrit Mencuri Cincin Nabi Sulaiman
Salah satu daripada mukjizat yang diberikan oleh
Allah swt pada Nabi Sulaiman a.s. adalah tertulis pada cincinnya
namanya dan nama Allah swt. Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya
nama para Nabi dan nama Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat
seperti tempat-tempat yang hina seumpama tandas, tempat-tempat maksiat
dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai ketika tidur dan ketika
berhadas besar.
Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. masyhur serta luas kekuasaannya sehingga anginpun tunduk atas segala perintahnya. Maka ini memudahkan Nabi Sulaiman a.s. untuk pergi ke suatu tempat yang dihajati dengan tidak perlu berkenderaan. Cukup sekadar memerintahkan angin membawanya terbang di atas permaidani sekiranya baginda yang diiringi oleh pembesar-pembesar kerajaannya mahu menziarahi daerah kekuasaan baginda yang luas itu.
Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesar kerajaannya pergi menziarahi salah sebuah daerah kekuasaan baginda dengan berkenderaan permaidani yang diterbangkan angin sehingga baginda melalui sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi laut. Ketika itu kelihatan penduduknya sedang menjemur ikan. Di antaranya terdapat gadis-gadis yang turut serta menjemur ikan. Dari kalangan para gadis itu, ada seorang gadis yang amat hitam rupanya dan tidak menarik perhatian kaum lelaki.
Apabila Nabi Sulaiman a.s. dan para pembesarnya melalui tempat itu, maka penduduk kampung menjadi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja cuaca menjadi redup. Lalu merekapun mendongak dan mendapati rombongan Nabi Sulaiman a.s. sedang melalui kawasan itu.
Sedang mereka dalam keadaan itu, berkatalah gadis yang hitam rupanya tadi: “Alangkah bahagianya aku sekiranya aku menjadi permaisuri Nabi Sulaiman a.s.”
Apabila teman-temannya yang lain mendengar ucapan gadis itu, mereka lalu mentertawakannya dan mengejeknya dengan kata-kata menghiris hati: “Wahai gadis tidak tahu diri, sesungguhnya hasratmu sekadar impian. Rupamu yang hitam langsung tidak menarik perhatian. Inikan pula mahu bersuamikan Nabi Sulaiman yang hebat kedudukannya. Sedangkan kami yang mempunyai wajah menarik tidak bercita-cita untuk menjadi permaisuri baginda. Apakah engkau tidak sedar bahawa orang-orang lelaki di kampung kita inipun belum tentu mahu beristerikan engkau yang hitam legam lagi tidak menarik hati? Cukuplah engkau berangan-angan!” Riuh rendahlah suara mereka mentertawakan si gadis hitam tadi.
Mendengarkan cemuhan dan hinaan mereka, merasa sayulah hati gadis yang malang itu. Dirinya ibarat pungguk merindukan bulan. Rupa yang buruk tidak dipinta. Akhlah yang baik lebih utama.
Setelah Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesarnya selesai dari menjelajah ke daerah kekuasaan baginda, merekapun balik ke rumah masing-masing.
Setibanya Nabi Sulaiman a.s. di istananya, baginda berhajat untuk ke tandas. Sebelum itu, baginda melucutkan cincin yang bertuliskan nama Allah dan namanya, lalu diserahkan pada isterinya.
Pada masa itulah datang jin Ifrit menyerupakan dirinya sepertimana Nabi Sulaiman a.s, lalu menemui isteri baginda dan berkata: “Wahai isteriku, ambilkan cincinku tadi.” Tanpa merasa ragu, isteri baginda menyerahkan cincin itu pada Ifrif kerana menyangka dirinya Nabi Sulaiman a.s.
Adapun Ifrit setelah ia mencuri cincin tersebut, iapun masuk ke dalam istana kerajaan dan duduk di singgahsana sambil memerintah rakyat Nabi Sulaiman a.s. ke istana dan mendapati seorang yang menyerupai dirinya duduk di atas singgahsana. Maka fahamlah baginda kedudukan perkara.
Lalu baginda berkata: “Wahai rakyatku sekalian, sesungguhnya akulah Sulaiman, raja kamu yang sebenar.”
Jawab rakyatnya: “Tidak, raja itulah yang sedang memberi ucapan. Kamu bukan raja kami. Raja Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di kerusi singgahsana. Kamu pendusta!”
Apabila rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda, maka baginda pun pergi meninggalkan istana, menuju dari sebuah perkampungan ke perkampungan yang lain dan menyatakan dirinya sebagai Raja Sulaiman tetapi kesemua mereka menafikannya.
Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung nelayan yang terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan hajatnya untuk turut bekerja sebagai nelayan kepada seorang nelayan di tempat itu. Nelayan itu menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Raja Sulaiman.
Nabi Sulaiman a.s. menjalani kehidupannya sebagai seorang nelayan dengan baik dan baginda bekerja bersungguh-sungguh tanpat mengenal jemu dan penat sehingga menghasilkan pendaptan yang lumayan dengan nelayan itu.
Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat menunggu waktu makan tengahari, baginda tertidur oleh sebab keletihan.
Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan tersebut membawa makanan tengahari. Berkata si nelayan kepada anaknya: “Wahai anakku, panggillah Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita.”
Segala sesuatu hanya Allah swt yang menentukan.
Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan dimasak malam itu, tiba-tiba ditemui dalam perut ikan itu sebentuk cincin yang bertuliskan nama Nabi Sulaiman as dan nama Allah.
Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi melihat baginda akan cincin itu, baginda terus mengucap syukur sebanyak banyaknya kepada Tuhan kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia duga sementara rasa kasih terhadap isterinya semakin bertambah.
Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat baginda meyakini bahawa baginda adalah sebenarnya Raja Sulaiman.
Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan disambut meriah oleh rakyat jelata yang telah menyedari kesilapan meraka.
Akhirnya ditemui Ifrit bersembunyi di batu karang di dasar lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi Sulaiman as dan baginda menghukum sesuai dengan kesalahannya
di ambil dari : islam2u.net

Apabila Nabi Sulaiman a.s. selesai melepaskan hajatnya, baginda
meminta dikembalikan cincinnya tetapi isterinya berkata: “Sesungguhnya
telah aku kembalikan sebentar tadi.” Nabi Sulaiman a.s. diam
kehairanan. Kemudian baginda berkata: “Baru inilah aku meminta kembali
cincin itu.” Tetapi isteri baginda tetap mengatakan bahawa ia telah
diserahkan.
Nabi Sulaiman a.s. merasa serba salah dan
curiga. Kemungkinan cincin itu telah dicuri oleh seorang yang menyamar
sebagai diri baginda kerana isterinya tidak mempunyai alasan untuk
menyerahkan barang kepunyaannya kepada sesiapapun jua.Adapun Ifrit setelah ia mencuri cincin tersebut, iapun masuk ke dalam istana kerajaan dan duduk di singgahsana sambil memerintah rakyat Nabi Sulaiman a.s. ke istana dan mendapati seorang yang menyerupai dirinya duduk di atas singgahsana. Maka fahamlah baginda kedudukan perkara.
Lalu baginda berkata: “Wahai rakyatku sekalian, sesungguhnya akulah Sulaiman, raja kamu yang sebenar.”
Jawab rakyatnya: “Tidak, raja itulah yang sedang memberi ucapan. Kamu bukan raja kami. Raja Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di kerusi singgahsana. Kamu pendusta!”
Apabila rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda, maka baginda pun pergi meninggalkan istana, menuju dari sebuah perkampungan ke perkampungan yang lain dan menyatakan dirinya sebagai Raja Sulaiman tetapi kesemua mereka menafikannya.
Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung nelayan yang terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan hajatnya untuk turut bekerja sebagai nelayan kepada seorang nelayan di tempat itu. Nelayan itu menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Raja Sulaiman.
Nabi Sulaiman a.s. menjalani kehidupannya sebagai seorang nelayan dengan baik dan baginda bekerja bersungguh-sungguh tanpat mengenal jemu dan penat sehingga menghasilkan pendaptan yang lumayan dengan nelayan itu.
Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat menunggu waktu makan tengahari, baginda tertidur oleh sebab keletihan.
Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan tersebut membawa makanan tengahari. Berkata si nelayan kepada anaknya: “Wahai anakku, panggillah Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita.”
Gadis tersebutpun pergilah mendapatkan baginda yang sedang tidur
sambil dikipas oleh seekor ular dengan sehelai daun. Alangkah
terkejutnya gadis itu melihat keadaan yang luar biasa ini, lalu segera
dikhabarkan kepada ayahnya. Apabila si nelayan menyaksikan sendiri
perkara itu, ia pasti baginda bukan sebarangan orang tanpa mengesyaki
baginda adalah raja Sulaiman. Mereka meninggalkan baginda sendirian
sehingga akhirnya baginda terjaga dari tidurnya dan merekapun
menghadapi hidangan tengahari bersama-sama.
Setelah beberapa lama Nabi Sulaiman tinggal nelayan, maka nelayan itu
bermaksud untuk mengahwinkan anaknya dengan baginda. Nabi Sulaiman as
tidak pula menolak kehendak nelayan itu. Maka hiduplah Nabi Sulaiman
a.s. bersama gadis hitam yang pernah bercita-cita untuk menjadi
isterinya suatu masa dahulu sebagai suami isteri yang sah tanpa gadis
itu menyedari bahawa Tuhan telah menjadikan impiannya suatu kenyataan.
Manakalah di istana yang telah ditinggalkan baginda, Ifrit menyamar
sebagai Nabi Sulaiman as memberikan pengajaran yang menyesatkan manusia.
Berpunca dari amarannya yang jahat itu, Ifrit tidak sanggup menyimpan
cincin baginda yang dicurinya itu, kerana khianatnya cincin itu lalu
dicampakkannya ke dalam laut yang kemudiannyaditelan oleh seekor ikan.
Ifrit meninggalkan takhta kerajaan. Ketika itulah orang ramai baru
menyedari kepalsuan orang yang selama ini mengaku dirinya Raja Sulaiman
rupanya jin yang menyamar sebagai baginda.
Segala sesuatu hanya Allah swt yang menentukan.
Sebagaimana biasa, nelayan dan Nabi Sulaiman as keluar menangkap ikan
sebagai memenuhi keperluan hidupnya. Kebetulan pada hari itu, masuklah
ikan yang menelan cincin Nabi Sulaiman as ke dalam pukat mereka.
Menjelang senja, kembalilah mereka ke rumah. Sebahagian daripada ikan
yang ditangkap hari itu mereka jemur manakala sebahagian lagi dijadikan
hidangan makan malam.
Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan dimasak malam itu, tiba-tiba ditemui dalam perut ikan itu sebentuk cincin yang bertuliskan nama Nabi Sulaiman as dan nama Allah.
Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi melihat baginda akan cincin itu, baginda terus mengucap syukur sebanyak banyaknya kepada Tuhan kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia duga sementara rasa kasih terhadap isterinya semakin bertambah.
Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat baginda meyakini bahawa baginda adalah sebenarnya Raja Sulaiman.
Nabi Sulaiman as bermaksud untuk kembali ke istana dan melihat keaaan
rakyat baginda yang telah lama ditinggalkan. Baginda juga berhasrat
untuk membawa isteri baginda bersama-sama tetapi merasa keberatan kerana
ditakuti isterinya akan menjadi bahan ejekan berpunca dari kehitaman
rupanya itu. Baginda lalu berdoa kepada Allah Taala supaya mengubah rupa
isterinya yang hodoh itu menjadi cantik. Doa baginda dimakbulkan
sehingga merasa cemburulah teman-teman yang pernah menghina dan mengejek
isterinya dahulu.
Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan disambut meriah oleh rakyat jelata yang telah menyedari kesilapan meraka.
Kemudian pada suatu hari, dikumpulkanlah sekalian rakyatnya, baik dari
golongan manusia, jin dan juga binatang kerana Nabi Sulaiman ingin
mengetahui siapakah yang telah mencuri cincin baginda dan menyesatkan
rakyat dengan perbuatan durjana. Sesiapa yang telah melakukan kesalahan
pasti takut untuk bertemu dengan baginda.
Setelah sekalian rakyat berkumpul, ternyata yang tidak hadir aalah jin
Ifrit. Dengan ini, diisytiharkan bahawa Ifritlah yang telah mencuri
cincin baginda. Mendengar kenyataan ini, merasa marahlah golongan jin
terhadap Ifrit kerana telah memalukan bangsa mereka di khalayak ramai.
Lalu Nabi Sulaiman as memerintahkan beberapa orang bangsa jin untuk
menangkap Ifrit. Bangsa jin yang diperintah itu segera pergi mencari
tempat persembunyian Ifrit.
Akhirnya ditemui Ifrit bersembunyi di batu karang di dasar lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi Sulaiman as dan baginda menghukum sesuai dengan kesalahannya
di ambil dari : islam2u.net
Minggu, 19 Mei 2013
Pemuda yang Bertanggungjawab
Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok. Kudanya yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tamannya.
Apabila
terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak
juga berjumpa. Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah
ladang. Melihat keadaan itu, dia menjadi marah dan mencari pembunuh
kudanya. Dia terus meluru ke sebuah rumah berhampiran.Sebaik saja
menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan berlakulah pergaduhan dan
akhirnya petani itu terbunuh.
Peristiwa
itu diketahui orang ramai. Pemuda itu dibawa berjumpa khalifah untuk
diadilkan. Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas dengan bunuh. Khalifah
memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam sebelum dia
dipancung pada jam 5:00 keesokan petangnya. Pemuda itu merayu supaya dia
dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu
perkara yang amat mustahak.Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu.
Namun pemuda itu tidak berputus asa dan terus merayu sambil menyatakan
dia mempunyai tanggungjawab yang mesti diselesaikan sebelum dia dihukum
bunuh. Dia berjanji akan balik segera sebaik saja urusannya selesai.
Khalifah meminta
pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak mengizinkan pemuda itu
pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk menerima hukuman
mati.Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan datang semula,
namun tiada seorangpun menunjukkan tanda simpati. Akhirnya tampil
seorang tua menuju mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk
menjadi tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke rumah.
Orang
tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar, seorang sahabat Nabi
yang banyak merawikan Hadith. Melihat apa yang berlaku, semua hadirin
tercengang dan sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana tindakannya yang
membahayakan diri sendiri. Abu Zar berjanji untuk menjadi tebusan dan
membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat
kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia
akan pulang semula untuk dipancung sebaik sahaja urusannya selesai.
Abu
Zar faham kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan
nyawanya tergadai.Ketika ditanya Khalifah bagaimana dia sanggup
meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan, Abu Zar menerangkan demi
keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada siapapun sanggup
menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam kesusahan yang amat
sangat. Pemuda itu dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula
dikurung di penjara. Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju
ke istana khalifah untuk menyaksikan episod yang mencemaskan.
Ramai
menganggap Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu
tidak akan datang menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saat yang
mendebarkan berlaku apabila beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda
itu masih belum tiba. Abu Zar dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan
pemuda itu menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi mangsa.Di
saat terakhir, orang ramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang
seekor kuda dengan amat kencang sekali. Ketika itu riak cemas orang
ramai bertukar menjadi reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda
itu sampai genap jam lima petang.
Pemuda itu lantas turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana 'terlambat' menyebabkan suasana tegang dan cemas. Pemuda itu menerangkan sepatutnya dia sampai lebih awal, tetapi terlewat disebabkan tali kudanya putus di tengah perjalanan. Dia menerangkan urusan yang dikatakannya amat penting dulu ialah kerana terpaksa menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai penjaga harta anak-anak yatim dan menyerahkan tugas itu kepada ibunya. Pemuda itu berjumpa Abu Zar untuk mengucapkan terimakasih di atas kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai tebusan. Selepas itu dia segera ke tempat dilakukan hukuman pancung. Ketika pengawal hendak menghayun pedangnya, tiba-tiba anak petani dengan suara yang kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela hati dia memaafkan kesalahan pemuda itu. Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu amat lega dan terus sujud tanda syukur kepada Allah
Cinta Rasulullah pada Umatnya
Cerdas, bijaksana, berakhlak mulia.
Dialah Muhammad SAW. Rasul akhir jaman, pemberi peringatan, suri
tauladan terbaik bagi umat manusia. Pembawa risalah penyempurna atas
nabi-nabi yang terdahulu.
Dialah kekasih Allah, manusia yang
terjaga dari kesalahan, sosok pribadi sempurna, figur terbaik yang
pernah ada di dunia. Ia dikagumi, dicintai, sekaligus diikuti oleh
umatnya yang beriman. Tidak heran apabila orang barat sendiri mengakui
bahwa beliau merupakan tokoh yang paling berpengaruh di dunia. (Michael
Hart, 100 Tokoh Paling Berpengaruh di Dunia).
Rasulullah sangat mencintai umatnya, itu
tercermin bahkan di saat-saat akhir hayatnya ia masih sempat
mengucapkan umati…. umati… (umatku… umatku…). Sesaat sebelumnya, beliau
juga sempat bercakap-cakap dengan malaikat Jibril yang hendak mencabut
nyawanya: “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang sangat lemah. Jibril pun menjawab “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu,”
Namun hal itu ternyata tidak membuat Rasulullah lega, sorot matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar kabar ini?” Tanya Jibril lagi.
“Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” Tanya Rasul. “Jangan
khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman
kepadaku: Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah
berada di dalamnya,” Jawab Malaikat Jibril.
Subhanallah, betapa cintanya Muhammad
kepada kita, sampai-sampai menjelang akhir hayatnya pun masih memikirkan
umatnya. Meskipun begitu, memang tidak semua orang menyukainya. Ada
juga orang-orang yang membencinya. Itulah kaum kafir yang tidak mau
menerima kebenaran Islam. Yang mungkin telah dibutakan mata dan hatinya.
Ketika awal-awal dakwah beliau di
Mekkah. Orang-orang kafir Quraisy juga sangat membenci Rasulullah SAW,
bukan karena pola sikapnya, namun karena agamanya, karena ideologinya.
Mereka tidak rela agama nenek moyangnya
diganti dengan Islam. Berbagai halangan, rintangan, tuduhan miring,
bahkan sampai percobaan pembunuhan pernah dilakukan oleh mereka (kafir
Quraisy) dalam merintangi dakwah Islam. Merekalah musuh-musuh Allah dan
Rasul-Nya.
Allah SWT berfirman: “Dan seperti
itulah, telah Kami adakan bagi tiap-tiap nabi, musuh dari orang-orang
yang berdosa. Dan cukuplah Tuhanmu menjadi Pemberi petunjuk dan
Penolong.” (QS Al Furqaan 31).
Dan kini, setelah beliau wafat pun,
kedengkian orang-orang kafir itu tidak ada habisnya. Berbagai
penghinaan, pelecehan, cercaan juga masih dilakukan oleh mereka. Sebagai
contohnya ialah pembuatan karikatur Muhammad, kartun-kartun nabi,
tuduhan miring, dan lain sebagainya.
Namun hal itu tidaklah mampu melunturkan
kemuliaan sosok Muhammad SAW. Ia tetaplah sang kekasih Allah, suri
tauladan terbaik bagi manusia. Mungkin saja musuh-musuh Allah itu tidak
tahu, bahwa kita sangat mencintainya, melebihi cinta pada diri ini.
Apapun bisa kita perbuat demi Allah dan Rasul-Nya.
Mereka harus tahu, bahwa kita adalah
generasi Islam, penerus perjuangan Muhammad dan para sahabat, yang
menolak untuk hidup diatur dengan hukum sekulerisme demokrasi. Karena
itu, kita memilih menjadi pemberani.
Kita adalah generasi Islam, yang percaya
setiap hukum dan perundang-undangan buatan manusia hanyalah akan
memberikan kenistaan. Karena itu, kita akan berusaha untuk memutus
rantai kejahiliyahan melalui dakwah di tempat kita berpijak. Sebagaimana
Muhammad telah melakukannya dahulu bersama sahabat.
Kita adalah generasi Islam, yang sangat
tidak percaya dengan prinsip demokrasi, nasionalisme, kesetaraan gender,
pluralisme dan sekulerisme. Karena itu, kita menolak dengan tegas dan
lugas tanpa basa-basi.
Kita adalah generasi Islam, yang ingin
membangun sebuah negara yang bermartabat dan terhormat, mampu
mempersatukan kaum Muslim sedunia, melindungi setiap warga negara, serta
memuliakan manusia-manusia yang menjadi rakyatnya, dengan syariah dalam
bingkai khilafah Islamiyah.
Harmonisme Keluarga Rasulullah
SATU aspek sangat baik dicontohi
daripada akhlak Rasulullah SAW ialah kehidupan berkeluarga memandangkan
masyarakat hari ini yang berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti
perceraian suami isteri, sumbang mahram serta penderaan.
Sebagai manusia biasa Rasulullah SAW pernah menjadi anak, suami, bapa, mentua dan datuk. Baginda SAW menunjukkan contoh terbaik dalam memenuhi setiap tanggungjawab yang boleh diikuti semua ahli keluarga.
Firman Allah bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik di akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)
Sebagai suami, Baginda SAW begitu
menghargai isterinya dengan menunjukkan sifat mulia seperti kasih
sayang, bertimbang rasa, hormat serta sabar tanpa pernah sekalipun
mengasari mereka bahkan menghadapi kerenah isteri dengan penuh
pengertian dan kemaafan.
Baginda SAW juga tidak keberatan
membantu melakukan kerja rumah. Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Aisyah
meriwayatkan katanya: “Baginda SAW (nabi) yang menjahit kainnya,
menjahit sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di
rumah mereka.” (Hadis riwayat Ahmad Ibnu Hibban)
Sikap baik Rasulullah SAW terhadap
isteri ini diakui sendiri oleh isteri Baginda SAW Aisyah yang
meriwayatkan: “Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun memukul isteri dan
pembantunya.” (Hadis riwayat Bukhari)
Apabila hendak memulakan suatu
perjalanan, Baginda SAW akan memastikan tempat duduk isterinya di atas
unta dalam keadaan selesa dan Anas pernah mengatakan bahawa Baginda SAW
akan duduk bagi membolehkan isterinya berpijak di atas lututnya untuk
naik ke atas unta.
Dalam kehidupan berpoligami juga,
Baginda SAW adalah contoh terbaik melaksanakan prinsip keadilan walaupun
tidak dapat dinafikan bahawa perasaan kasih sayang tidak boleh
dibahagikan sama rata.
Namun, sebagai suami seboleh-bolehnya
mestilah pandai memainkan peranan supaya jangan ada di kalangan isteri
yang tersinggung lantaran sikap suami yang pilih kasih.
Pernah berlaku dalam rumah tangga
Rasulullah SAW, suatu hari isteri-isteri Baginda SAW datang menemui
Baginda SAW, Aishah yang mewakili mereka terus bertanya, “Wahai
Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah paling
Rasulullah sayangi? Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda SAW tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda SAW menyuruh semua
isterinya pulang dulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian.
Selepas itu, seperti biasa Rasulullah
SAW bermalam di rumah isteri-isteri Baginda SAW mengikut giliran dan
sebelum Baginda SAW meninggalkan rumah isterinya, setiap seorang
dihadiahkan cincin dan berpesan supaya tidak memberitahu hal itu kepada
isteri yang lain.
Kemudian Rasulullah SAW menyuruh
isteri-isteri Baginda SAW berkumpul kerana Baginda SAW hendak memberi
jawapan kepada persoalan dikemukakan. Rasulullah SAW berkata, “Isteri
yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka
tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka
bahawa dia saja yang menerima cincin itu.
Rasulullah SAW adalah bapa penyayang.
Acap kali apabila Baginda SAW melihat Fatimah masuk ke rumahnya, Baginda
SAW terus menyambut dan berdiri, kemudian mencium kepala dan tangan.
Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah
SAW apakah sebab Baginda SAW amat sayang kepada Fatimah. Baginda SAW
menegaskan, “Wahai Aisyah, jika engkau tahu apa yang aku ketahui
mengenai Fatimah nescaya engkau akan mencintainya seperti aku
mencintainya. Fatimah adalah darah dagingku. Ia tumpah darahku. Sesiapa
yang membencinya, maka ia membenciku, dan sesiapa yang membahagiakannya,
maka ia telah membahagiakanku.”
Ummu Salamah, isteri Rasulullah SAW
mengatakan bahawa Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan
Rasulullah dalam ucapan dan fikirannya. Selaku anak, Fatimah mencintai
ayahandanya lebih daripada cintanya kepada sesiapa pun.
Selepas ibunya Khadijah meninggal dunia,
dia yang baru berusia enam tahun yang merawat Rasulullah SAW. Beliau
sentiasa berusaha menggantikan peranan ibunya.
Justeru, Rasulullah memanggilnya dengan
jolokan Ummu Abiha, iaitu ibu bagi ayahnya, kerana kasih sayang dan
pengorbanan mulia yang dicurahkan kepada ayahandanya.
Memiliki sebuah keluarga harmoni
memerlukan ikatan yang mesra bukan saja dengan anak dan isteri, malah
menantu juga. Demikianlah ditunjukkan Rasulullah SAW. Contoh paling baik
ialah melalui kehidupan Ali sebagai menantu Baginda SAW.
Ali ra. sebagai menantu Rasulullah SAW
turut sama menyingsing lengan membantu Fatimah menggiling tepung di
dapur. Usaha sekecil itu, di celah kesibukan sudah cukup bermakna dalam
mengambil hati seorang isteri yang saban hari bertungkus-lumus
menguruskan rumah tangga.
Bukan Sayidina Ali ra. tidak mahu
menyediakan pembantu untuk isterinya itu, namun beliau tidak mampu
berbuat demikian. Fatimah ra. amat memahami keadaan suaminya dan beliau
sentiasa berusaha membahagiakan suaminya.
Contoh kasih sayang datuk terhadap
cucunya boleh dilihat daripada cara Baginda SAW melayani kedua-dua cucu
kesayangan iaitu Hassan dan Hussin, anak Siti Fatimah ra. dan suaminya
Saidina Ali ra..
Rasulullah SAW bukan saja sentiasa
membelai dan mencium kedua cucunya itu, malah apabila cucu Baginda SAW
menghampiri Baginda SAW , Baginda SAW terus mendukungnya. Baginda SAW
juga apabila keluar rumah, selalu membawa cucunya bersama.
Baginda SAW selalu meriba mereka. Pernah
ketika Baginda SAW sedang sujud dalam solat, cucu Baginda SAW duduk di
atas belakang Baginda SAW sehinggakan Baginda SAW sujud agak lama.
Baginda SAW juga selalu bermain kuda-kuda dengan cucunya.
Sumber artikel : http://www.islam.gov.my/kehidupan-berkeluarga-rasulullah-contoh-terbaik-oleh-marzulina-omar-bharian-13-mac-2008
Langganan:
Postingan (Atom)