Dalam sebuah hadis ada menceritakan tentang dua orang saudara, seorang
darinya kuat beribadat kepada Allah manakala seorang lagi selalu berbuat
maksiat dan kejahatan.
Pada suatu hari saudara
yang kuat beramal ibadat kepada Allah telah bercita-cita untuk melihat
Iblis di tempat ibadatnya. Suatu hari ketika dia sedang duduk
bersendirian maka datanglah syaitan kepadanya dengan berkata: “Sayang
sekali engkau, engkau telah menghabiskan dan mensia-siakan empat puluh
tahun umurmu kerana itu rasailah kesedapan dunia dan jamulah kehendak
dan keinginan engkau. Kemudian kembalilah engkau bertaubat serta
membuat ibadat kepada Allah pula. Jadi tiadalah engkau merugi dalam
dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi
Penyayang.”
Mendengar kata-kata iblis yang lembut itu maka hati dan
pendiriannya telah berubah, katanya: “Benar juga kata-kata syaitan
itu, aku telahpun merugikan diriku sendiri beberapa lama. Baiklah aku
turun ke bawah mendapatkan saudaraku supaya dapat aku bersama-samanya
memuaskan nafsu keinginan dan keduniaan selama dua puluh tahun,
kemudian aku akan bertaubat dan kembali beribadat kepada Allah di dalam
umurku yang dua puluh tahun lagi itu.”
Selepas
dari itu dia pun turun ke bawah dengan niat untuk melakukan kejahatan
dan kemaksiatan kepada Allah. Dalam pada itu saudaranya yang seorang
lagi (Penderhaka) yang selalu di dalam kancah kemaksiatan dan kejahatan
itu mula menyedari kesilapan yang telah dilalukannya. Pada suatu hari
dia mendapati dirinya di dalam seburuk-buruk keadaan. Dilihatnya
badannya serta pakaiannya telah kotor berlumuran dengan najis serta
terlantar pula di atas debu tanah. Sewaktu dia sedar itu, maka
berkatalah hatinya: “Oh… sia-sianya. Oh.. ruginya aku. Sudah habis
umurku di dalam dunia maksiat, aku telah merosakkan diri sendiri serta
bodoh, sedangkan saudaraku itu sedang menikmatan beribadat kepada Allah
dan akan memperolehi syurga Tuhan. Tetapi aku.. nerakalah tempat
tinggalku. Demi Allah, aku bertaubat aku akan naik ke atas bersama
saudaraku untuk mengerjakan ibadat dan berbakti kepada Allah. Semoga
Allah akan mengampuni segala dosanya.”
Maka diapun
naiklah ke atas dengan niat untuk bertaubat sedangkan saudaranya itu
pula turun dengan niat untuk melakukan kerja-kerja maksiat dan
kerja-kerja yang dimurkai Allah. Tiba-tiba sewaktu dia hendak turun
maka dia tergelincir kakinya lalu jatuh ke atas adiknya bertimpa-timpa.
Akhirnya kedua-duanya itu pun mati di situ juga.
Di
hari akhirat nanti kedua saudara itu akan dibangkitkan menurut
niatnya. Iaitu yang ahli ibadah akan di bangkitkan atas niat maksiat
manakala adiknya pula akan di bangkitkan atas niat berbakti kepada Allah
sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud: “Akan di bangkitkan
tiap-tiap hamba menurut keadaan matinya.” (Baik atau Buruk).
Di samping itu anggaplah syaitan itu sebagai musuh selama-lamanya
sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya syaitan adalah
musuh yang nyata bagi kamu.”
Semua orang tahu syaitan
itu adalah musuh yang nyata bagi kita semua, tetapi adakah semua orang
tahu bahawa hari ini paling ramai orang-orang mengikuti
langkah-langkah syaitan.
Hari ini syaitan
bermaharajalela dengan berbagai-bagai kegiatan maksiatnya, antaranya
syaitan telah mempunyai ahlinya yang paling ramai kalau dibandingkan
dengan orang-orang Islam hari ini. Tempat-tempat judi, kelab-kelab
malam, bersekedudukan secara haram dan sebagainya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar