Suatu hari Khalifah Umar Abdul Aziz berpidato di hadapan kaum muslimin. Sebagaimana biasa, pidato beliau sangat menarik dan memikat para pendengar. Akan tetapi pada kali ini, selain daripada kandungan pidatonya, gerak-gerik Khalifah pun turut menjadi perhatian. Khalifah sering memegang dan mengibas-ngibaskan bajunya ketika berpidato, sesekali di sebelah kanan dan sesekali di sebelah kiri. Dengan demikian orang ramai menyadari bahawa gerakan tangan Khalifah tidak ada hubungannya dengan kandungan pidato.
Setelah Khalifah turun daripada tempat
berpidato, mereka saling bertanya dan akhirnya diketahui rahsianya.
Dikatakan bahwa baju yang dipakai Khalifah baru saja dibasuh dan belum
kering. Karena tidak ada baju lagi, maka baju itu dipakainya juga.
karena itu beliau selalu mengerak-gerakkan bajunya ketika berpidato
agar cepat kering.
Ketika Khalifah Umar sakit, pakaian yang dipakainya telah kotor.
Muslimah Abdul Aziz kakak Fatimah Abul Malik datang menemui adiknya dan
melihat Khalifah yang sedang sakit. "Fatimah, basuhlah pakaian
Khalifah itu. Sebentar lagi orang ramai akan masuk menemuinya", tegur
Muslimah. "Demi Allah, beliau tidak punya pakaian lagi kecuali yang
dipakai itu", jawab Fatimah.
Seorang perempuan Mesir telah datang ke
Damsyik kerana ingin bertemu dengan Amirul Mukminin Khalifah Umar
Abdul Aziz. Dia bertanya-tanya di mana istana Khalifah dan orang ramai
menunjukkannya. Sampai saja di rumah yang dimaksudkan, perempuan Mesir
itu bertemu dengan seorang perempuan yang memakai pakaian yang sudah
lusuh dan buruk dan seorang lelaki sedang bergelimang dengan tanah
kerana memperbaiki rumahnya. Perempuan itu bertanya lagi dan ketika
mengetahui bahawa perempuan yang ditanya adalah Fatimah isteri
Khalifah, dia terkejut luar biasa. Kerena mana ada seorang permaisuri
raja yang berkuasa memakai baju buruk seperti itu. Dia merasa takut dan
kagum. Akan tetapi Fatimah pandai melayani, sehingga tamu itu merasa
suka dan tenang hatinya. "Mengapa puan tidak menutup diri daripada
lelaki tukang keruk pasir itu?" tanya perempuan Mesir itu. "Tukang
keruk pasir itulah Amirul Mukminin" jawab Fatimah sambil tersenyum.
Sekali lagi tamu itu terkejut dan
beristighfar. Khalifah Umar tidak mempunyai pelayan kecuali seorang
anak-anak lelaki. Dialah satu-satunya khadam dalam istana Umar. Fatimah
memberinya makan kacang setiap hari sehingga si pelayan menjadi bosan.
"Kacang..kacang...setiap hari kacang," kata si pelayan merungut.
"Inilah makanan tuanmu Amirul Mukminin, wahai anakanda," kata Fatimah.
Diceritakan bahawa seorang lelaki dan
isterinya di Syam telah merelakan anaknya ikut berperang di jalan Allah
dan menemu syahid di medang perang. Beberapa masa kemudian dia melihat
seorang lelaki dengan menunggang kuda menuju kearahnya. Setelah
diperhatikan, ternyata pemuda itu seiras anaknya yang telah meninggal
dunia. "Hai, coba kamu lihat pemuda yang berkuda itu, seperti anak
kitakan?" kata lelaki itu kepada isterinya. "Semoga Allah merahmati
engkau. Janganlah tertipu oleh syaitan. Anak kita sudah syahid,
bagaimana bisa menunggang kuda seperti itu?" kata isterinya.
Sementara suami isteri itu
memperhatikan dengan betul, tiba-tiba pemuda menunggang kuda itu telah
berada di hadapannya. "Assalamualaikum." kata penunggang kuda.
"Waalikumsalam," jawab kedua-dua suami isteri itu. Ternyata dia memang
anaknya, maka terkejutlah kedua ibu bapa itu sambil segera memeluknya.
Mereka gembira luar biasa bercampur heran. "Ayah, ibu tetap saja di
situ," kata pemuda itu menegur. "Saya bukan seperti ayah dan ibu lagi,
demikian juga ayah dan ibu bukan seperti saya. Saya datang pun bukan
untuk pulang kepada ayah dan ibu." Kedua ibu bapa faham akan maksud
anaknya, mereka pun diam. Kemudian anak itu menerangkan bahawa
kedatangannya bukan sengaja. "Sebenarnya aku datang bukan untuk
mengunjungi ayah dan ibu, tetapi hanya mengambil kesempatan saja dalam
keperluan lain. Yaitu Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz telah
wafat. Golongan syuhada minta izin kepada Allah untuk hadir dalam
pengurusan janazahnya. Allah memperkenankan permintaan mereka dan saya
termasuk di antaranya." Kemudian dia bertanya keadaan kedua ibu bapanya,
menghormatinya dan menjanjikan kebaikan daripada Allah. Setelah itu
dia mendoakan ibu bapanya memberi salam lalu pergi. Dengan itu penduduk
kampung mengetahui bahawa khalifah mereka, Umar Abdul Aziz telah
wafat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar